Home Members About Us Contact Us Sitemap
Menu Utama
UTAMA
PENGURUSAN
BERITA
AKADEMIK
HAL EHWAL PELAJAR
KOKURIKULUM
INFORMASI
RENUNGAN
HUBUNGI KAMI
CARIAN
PERTANYAAN
BESTARI
KOSMEK BERHAD
Pautan
PSSBestari SMKSB
KPM
JPNS
PPD Sabak Bernam
TUTOR
MyGuru
MySchoolnet
STATUS HALAL
MyGFL
WEB ADMIN
Motto SMK
Daftar





Lost Password?
No account yet? Register
Bilangan Pelawat


UTAMA
JOM !!! KEMBALI KE SEKOLAH....Motto yang sering kedengaran dan terpapar sekarang. Apakah persiapan ANDA..macam DULU atau LEBIH BAIK. Apa pun biarlah kita memulakan sesi persekolahan 2010 ini dengan satu azam dan tekad baru untuk mengubah diri kearah yang lebih baik. Kita tidak akan berubah kecuali kita sendir yang memulakan perubahan tersebut. Perubahan bermula dari diri anda. SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH.
 
Warga SMK Sg Besar mengalu-alukan kemasukan pelajar Tingkatan 6 Bawah. Bersama-samalah kita meningkatkan kecemerlangan sekolah kita.
 

Adalah dimaklumkan bahawa semua mesyuarat panitia matapelajaran hendaklah diadakan di luar masa pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi memastikan proses p&p tidak terganggu. Arahan ini berkuatkuasa serta merta.
Harap maklum. Terima kasih.


 

 
 

Jom.. Ke sekolah
JOM !!! KEMBALI KE SEKOLAH....Motto yang sering kedengaran dan terpapar sekarang. Apakah persiapan ANDA..macam DULU atau LEBIH BAIK. Apa pun biarlah kita memulakan sesi persekolahan 2010 ini dengan satu azam dan tekad baru untuk mengubah diri kearah yang lebih baik. Kita tidak akan berubah kecuali kita sendir yang memulakan perubahan tersebut. Perubahan bermula dari diri anda. SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH.
 
SEJARAH SEKOLAH Bhgn 1

 

Sejarah Sekolah

 Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar pada awal penubuhannya adalah dikenali sebagai Darjah Menengah Kebangsaan Sungai Besar. Pada April 1959 Darjah Menengah Kebangsaan dimulakan. Pengasas pertama Encik Maulan Dollah Mokeri, bilangan pelajar pertama seramai 36 orang. Ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Sungai Besar. Pada Januari 1960 bilangan pelajar seramai 60 orang dengan tenaga pengajar seramai 3 orang.

Pada Oktober 1961 pelajar pertama dari Darjah Menengah Kebangsaan menduduki peperiksaan SRP dengan mencatat keputusan 74% pelajarnya berjaya masuk ke Tingkatan 4. Pada tahun 1962 Darjah Menengah Kebangsaan ditutup dan semua pelajarnya dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sabak Bernam.

                Dasar Anika Jurusan yang diperkenalkan telah menyebabkan Darjah Menengah Kebangsaan Sungai Besar ditubuhkan kembali. Darjah Menengah Kebangsaan ini di buka kembali pada 11 Januari 1965 mempunyai murid seramai 56 orang laki-laki dan perempuan. Murid-murid ini datang dari 2 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Besar dan Sekolah Kebangsaan Pancang Pedena. Oleh sebab bangunan khas tidak ada, murid-murid sekolah ini masih menumpang di Sekolah Kebangsaan Sungai Besar, memenuhi 2 buah bilik darjah dalam satu blok bangunan.

 SMK 60AN

Pada peringkat ini gurunya terdiri dari seorang Guru Ketua Encik Abdul Majid bin Saleh dan Encik Sabar bin Bohari (yang kemudian ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Sungai Besar), seorang guru Pelatih Pusat Latihan Daerah Encik Zainuri bin Haji Sanusi serta seorang guru sementara Encik Hanafiah bin Burahmat (sehinggga 26 Ogos 1965).

                Keadaan sekolah di masa itu amat menyedihkan kerana segala-galanya kekurangan. Murid terpaksa duduk di atas bangku panjang murid darjah satu, sementara meja tulisnya ialah meja urusan rumah tangga. Kedudukan pelajar adalah mengiring ke papan hitam, keadaan ini berterusan sehingga akhir tahun 1965.

                Pada awal tahun 1966 pelajar sekolah bertambah menjadikan 4 darjah. Guru Ketua Encik Sabar bin Bohari berusaha mencari jalan menyelesaikan masalah bilik darjah. Berkat kerjasama dan murah hati Lembaga Pengurus Sekolah Ugama dan Arab, Guru Besar dan guru-guru sekolah tersebut telah dijadikan tempat belajar bagi murid-murid Darjah Menengah Kebangsaan Sungai Besar.

                Bilangan guru bertambah dengan kehadiran Encik Masran bin Md. Roslan (MTC), Encik Idris bin Denan (sementara), Cik Norjana binti Lipun (sementara yang kemudian diberhentikan kerana berumur kurang dari 18 tahun dan tempatnya digantikan oleh Encik Mohd. Khamijah bin Bauk) dan Encik Abd. Rahman bin Sahalan (RTC).

 SMK 60AN

 
SIFAT MALU

MALU SEPARUH IMAN

  

MALU ITU SEPARUH IMAN. Begitu sabda Rasulullah 1418 tahun lalu. Malu yang dimaksudkan ialah malu kepada Allah. Malu untuk melakukan maksiat dan malu meninggalkan taat.   Jika malu itu 50% daripada IMAN, mana 50% lagi. Yang selebihnya ialah TAKWA. MALU DAN TAKWA adalah gandingan sifat yang menjadikan seseorang mempunyai 100% keimanan. Takwa bermaksud bukan saja takut kepada Allah tetapi lebih daripada itu 'buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang ditegah' 

Jika sekadar takut saja tak jadi apa-apa. Misalnya takut gagal dalam peperiksaan tidak bererti jika tidak diikuti dengan rajin membaca buku dan mengulangi pelajaran. Takut kepada Allah mestilah diikuti dengan melakukan ketaatan dan menjauhi larangan.  Ukurlah diri kita berapa peratuskah sifat MALU dan TAKWA yang ada pada diri kita. Itulah darjah keimanan kita. Bak kata orang periksalah diri kita sebelum kita diperiksa. 

Ulama pernah menyebutkan 'bertafakkur satu saat (dalam memikir kebesaran Allah) adalah lebih baik daripada beribadat 1000 tahun'. Ini jangan disalahtafsirkan sebagai tak perlu beribadat memadai dengan tafakkur. Ia cuma memberi gambaran bahawa tafakkur menjadi faktor utama dalam mencari kekuatan beribadat.  Proses musyahadah perlu dilakukan secara konstan sehingga menjadi darah daging. Atau sehingga terasa benar di dalam diri kita tentang kebesaran Allah dan merasakan bahawa 'tidak ada sesuatu yang Allah jadikan secara sia-sia'. Kesemuanya ada hikmah yang di luar kemampuan kita untuk memikirkannya. 

Musyahadah menjadi satu daripada beberapa jalan untuk mendapat 'iman'. Dengan iman ini kita akan berasa lazat berzikir, mencari ilmu agama, melakukan ibadat fardu, menambah dengan ibadat sunat serta berusaha mencari keredhaan Allah. Sebaliknya kita benci melakukan kejahatan sebagaimana takutnya kita menghampiri kepada api neraka. Barulah ketika itu kita merasakan kelazatan iman dan terasa hubungan yang rapat dengan Allah disebabkan oleh keredhaan Allah terhadap diri kita. 

Di samping melakukan proses musyahadah, kita perlu melakuakn muraqabah yakni menghampirkan diri terhadap Allah dengan melakukan segala amal fardu dan sunat. Amalan 'hablum min'Allah' (hubungan dengan Allah) dan hablum minannas (hubungan dengan manusia). Kita perlu menjaga dua hubungan iaitu hubungan dengan Allah dan juga sesama manusia.  

Dalam hubungan ini, Allah sering mengingatkan kita supaya berjalan/melawat di muka bumi Allah dengan niat melihat kebesaran Allah sambil memerhatikan balasan yang Allah timpakan kepada mereka yang menganiaya diri mereka sendiri.  

Semoga dengan coretan di atas dapat menjadikan diri kita khususnya diri saya sendiri orang yang sentiasa muhasabah diri dan bermusyahadah serta bermuraqabah mudah-mudahan kita diterima menjadi orang yang soleh yang bakal menghuni syurga di akhirat kelak. Amin ya Rabbal Alamin. 

 
VISI, MISI DAN POLISI SEKOLAH

 

VISI SEKOLAH


 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI BESAR KE ARAH BESTARI SEPENUHNYA MENJELANG 2010.


 

 

MISI SEKOLAH

 



KAMI BERUSAHA MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN  KEBANGSAAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DENGAN CARA:

 

A. MELENGKAPKAN PRASARANA TEKNOLOGI YANG DIPERLUKAN

B. MEREVOLUSIKAN MINDA WARGA SEKOLAH MELALUI LATIHAN

C. MENGAPLIKASIKAN TEKNOLOGI DALAM SEMUA PENGURUSAN

D. MENGAKSES TEKNOLOGI DALAM PENGJARAN DAN PEMBELAJARAN

E. MEMURNI SAHSIAH PELAJAR MELALUI KURIKULUM DAN KOKURIKULUM 


POLISI SEKOLAH



 POLISI WAJIB:

A. SEKOLAH BEBAS DENGGI

B. SEKOLAH BEBAS DADAH

C. SEKOLAH ZON LARANGAN MEROKOK 

 

POLISI PILIHAN:

 

Read more...
 

© 2010 SMK Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.

Perkhidmatan Web: EDU-My.Net

Friday, 30 July 2010
LINK PANAS
Undian
Isu Aktiviti Selepas Peperiksaan: Pendapat saya...
 
Apakah punca kekurangan lelaki di universiti tempatan?
 
Pandangan saya kepada 'Mat Rempit'.
 
Siapa Ditalian
MOTIVASI