|
Pada 22 JUN 2008, pihak sekolah dengan kerjasama Koperasi SMK Sg Besar telah mengadkan aktiviti GOTONG ROYONG sempena Minggu Koperasi Sekolah. Gotong royong ini telah dilancarkan oleh GPK Kokurikulum, Pn. Hjh. Norlala bt Mohd Amin dan disertai oleh kira-kira 200 orang pelajar dan guru. Pelajar telah diagihkan kepada kumpulan-kumpulan tertentu dan diselia oleh beberapa orang guru. Tujuannya adalah untuk meningkatkan tahap kebersihan dan kecerian kawasan sekolah agar proses pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Ia juga dapat memupuk perasaan sayang kepada sekolah di kalangan warga SMK. Jagalah kebersihan dan keceriaan sekolah kita.
|