|
Kepada semua warga SMK Sungai Besar, anda boleh mengirimkan ucapan kepada kenalan, guru atau kepada sesiapa sahaja dan ucapan anda akan disiarkan dalam laman web sekolah . Bekas pelajar SMK juga dialu-alukan untuk mengambil bahagian. Ucapan hanya terhad kepada yang berkaitan dengan Hari Kemerdekaan, bulan Ramadhan dan Peperiksaan PMR/SPM/STPM sahaja. Anda boleh menghantarkan ucapan anda secara terus kepada Cikgu Ahmad Badri (Pagi) atau Cikgu Japri (Petang) atau anda boleh emelkan ucapan anda ke alamat:
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
. Bagi memastikan ucapan anda disiarkan, pastikan anda menulis nama penuh pengirim, tingkatan, ucapan sepenuhnya, nama penerima, dan tingkatan atau lokasinya dengan lengkap. Contoh 1: Nama pengirim : Ahmad Zaidi b Samat Tingkatan: 2 UR Penerima: Semua pelajar tingkatan 2UR Ucapan : Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 51 dan selamat bercuti. Jika ada masa lapang datanglah ke rumah saya.
Contoh 2: Nama pengirim : Chua Mei Mei Tingkatan: 3 RK Penerima: Azimah, Tan Lee Meng, Komaladevi dan Kavitha Lokasi: SMK Seri Bedena Ucapan : Selamat menduduki PMR yang akan datang. Jawab dengan tenang, banyakkan ulangkaji semoga kita bertemu lagi. Contoh 3: Nama pengirim : Amirullah b Samad Tingkatan: 5A2 (Tahun 1987) Penerima: Samsir, Taha, Abu, Jamdin dan Boy Lokasi: Walau dimana anda berada Ucapan : Selamat berpuasa dan masihkah kalian ingat akan daku sekarang? Contact:012-XXXXXXX atau emel :
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Serikan hari anda dengan ucapan kepada mereka yang dikenang.
|